Sunday, 17 April 2011

saat2 kritikal

sesungguhnya hanya Allah shj yg berkuasa..
yang boleh buat segala2 nya..
yang boleh memberi manfaat dan mudarat/ kesan baik atau kesan buruk..
selain drpd Allah ialah makhluk..
mahkluk adalah ciptaan Allah..
langsung xboleh buat ape2, xbole memberi kesan baik atau buruk..
perbuatan makhluk xbole memberi kesan..


zahir pandangan manusia, makhluk boleh buat.
contoh; usaha boleh mendatangkan rezeki.
nasi yg kte makan dpt memberi kenyang, memberi kesihatan dan memberi tenaga..
air dapat hilangkan dahaga..
api bole membakar..
kesembuhan dtg daripada zat2 dlm ubat..


hakikatnya, usaha, makanan, minuman, api dll makhluk, sikit pun xbole buat ape..
hanya Allah je yg memberi rezeki..
hanya Allah je yg mengenyangkan..
hanya Allah je yg menyehatkan.
hanya Allah je yg mendatangkan sifat membakar..
dll..


Asbab kelemahan yakin dalam hati manusia, yakni iman yakin terhadap Allah lemah, maka manusia telah yakin selain drpd Allah boleh buat, bole memberi manfaat dan mudharat..


org yg beriman, maka dia tidak syirik..dan org yg syirik, maka sesungguhnya dia mmg xberiman..


syirik ialah yakin terhadap selain drpd Allah..


bila yakin manusia telah rosak, maka almalan agama akan jadi rosak..


nak amalkan perintah Allah jd malas..(contoh baca al-Quran, mula2 dpt baca satu juzuk sehari..lama2 kurang sehelai demi sehelai)
lama-lama, amalan tersebut akan ditinggalkan.(akhirnya tinggalkan baca al-Quran)
dan manusia mula yakin terhadap kehebatan makhluk.(padahal makhluk langsung xboleh buat ape2).
bila manusia yakin pada makhluk, maka dia akan berusaha untuk mendapatkan manfaat drpd makluk tu dlm keadaan yakin dia sedang salah..


maka dia akan buat usaha yg sungguh2 sehingga mengkebelakangkan perintah2 Allah..dengan menganggap perintah Allah ni remeh, usaha mendapatkan makhluk lebih penting..
(contoh; meeting kt pejabat, kilang, masih teruskan meeting walaupun dh masuk waktu solat)
sebab iman lemah, yakin rosak, maka dia anggap dunia lebih bernilai drpd Agama..


tp bg orang yg beriman, yakin betul kepada Allah, maka dia akan sanggup mengenepikan dunia demi mengutamakan perintah2 Allah yg lebih utama..


org beriman mesti berilmu..


Tahu mana satu perintah Allah, mana satu larangan Allah, dan mana perintah2 Allah yg patut didahulukan.


kerja cari rezeki, mesyuarat, belajar adalah perintah Allah..solat pun perintah Allah..tp kte mesti tahu dahulukan mana yg patut didahulukan pada setiap satu2 masa dan ketika.


tanda beriman, mesti dizahirkan dengan amal, yakni setiap amal dibuat dengan cara yg betul mengikut kehendak Allah..


maka amal yg paling disukai Allah adalah dengan mengikut cara sunnah kehidupan nabi saw.
(muamalat, muasyarat, akhlak, ibadat)


tanda org lemah iman/iman yakin rosak, maka nk amalkan sunnah rasa malu..rasa hina...tp amal kehidupan cara selain drpd agama lebih selesa dan rasa lebih mulia.. (Nabi ajar pakaiaan lelaki islam pun harus tutup punggung, tp org sekarang(iman rosak) baju tigh in rasa lebih kemas dan macho.)


janji Allah, hanya org yg beriman je akan masuk syurga..xde jaminan kepada org islam utk masuk syurga..
walaupun nama islam, (hanif ke) tp iman yakin rosak, maka bau syurga pun xdpt..


'siapa yg mengikuti satu2 kaum(tiru cara kehidupan, pakaian, cara makan), maka dia akan dibangkitkan bersama2 dengan kaum tu..' azab tuan!









No comments:

Post a Comment