Sunday, 16 October 2011

mudahnya agama islam

"islam nie mudah, tapi kita xboleh ambil mudah"


aku dah mengantuk, xtahu nak tulis ape..


nampak mcam perkara sunnah nie kita buat dapat pahala, manakala xbuat xpe..tp rugi rugi rugi kalo xikot sunnah..
sunnah nie adalah amalan yang terbaik yang nabi tunjukkan dan amalan nie la yang Allah swt sangat2 suka..selain amalan sunnah xde janji ape2 pahala ganjaran..


perumpamaan: jika kita ditawarkan kerja di syarikat AAA, tp majikan xjanji nak bayar gaji kat kita..agak2, kita nak kerja x kat syarikat tu??
syarikat BBB pulak menawarkan gaji minimum rm1000 sebulan..
keputusannya, mesti kita prefer nak kerja kat syarikat BBB..biar gaji kecil, tp ade janji drpd majikan nak bayar gaji tiap2 bulan..


macamtu jugak hari nie Allah janjikan banyak ganjaran melalui perantaraan amalan sunnah..
contoh: jika kita masuk tandas tutup kepala, pakai alas kaki, buang hadas mengikut tertib nabi tunjuk, maka perkara ni ada ganjaran..
berbanding amalan harian umat hari nie, masuk tandas xtutup kepala, kencing berdiri, xberistibrak, maka xde janji Allah dalam perbuatan kita tu..bahkan mungkin mendatangkan azab..


contoh lain: naik kenderaan kaki kanan (kalo naik motor senang jugak, tp kalo naikkereta kt malaysia ni, bersilang kaki driver nak masuk kereta)..namum, perbuatan naik kenderaan kaki kanan ni pun dapat tarik rahmat Allah..Allah suka dengan amalan sunnah..


contoh 3: tidur ikot cara nabi dapat kesukaan Allah..tp tidur ikot suka cara diri sendiri, maka tiada janji Allah nak beri ganjaran..bahkan orang lelaki dilarang tidur meniarap..


apatah lg amalan baca doa masnun (doa harian, doa naik kenderaan, doa makan, doa pakai baju, doa terlihat wanita, doa nak bersetubuh, doa masuk masjid, keluar masjid..ni bab doa..bahkan bnyk lg amalan nabi nie..nak cerita panjang)


(sunnah ni bukan setakat amalan sunnat, tapi keseluruhan hidup cara nabi itu dipanggil sunnah)


runtuhnya agama islam hari sikit pun xde kaitan dengan yahudi, amerika, dan lain2 pihak seperti mana yang selalu di war-warkan oleh pihak2 tertentu yang ekstrem dalam agama yang terlampau buruk sangka terhadap yahudi,dan amerika yang merosakkan agama orang islam..(perhatian tuan2, sejak kebelakangan nie, ramai orang amerika dan orang yahidi masuk islam..tp puak2 ekstrem ni doakan kehancuran pulak..ajaran nabi mana yang korang ikot ni?? sesat2)


sedangkan runtuhnya agama islam adalah bergantung kepada amalan orang islam itu sendiri..contohnya amalan solat..kalo orang islam x solat, maka dia sedang meruntuhkan agama dalam diri dia..kalo semua orang islam x solat, maka umat islam itu sendiri yang meruntuhkan agama islam..itu baru  bab solat, sedangkan banyak lg amalan2 sunnah dalam kehidupan umat ini yang telah ditinggalkan..tengok rupa ustaz ngan rupa bukan ustaz sama je..dua dua xde janggut..(tinggalkan sunnah)..ustaz pun makan atas meja..makan pakai sudu..(xbrani kata perbuatan itu berdosa, cuma tiada janji Allah dalam perbuatan bidaah tersebut)


semoga Allah swt beri kita taufik dan hidayah untuk amalkan sunnah dalam kehidupan kita..amin..


tanda satu orang itu jauh drpd agama, dapat dilihat daripada sebanyak mana sunnah yang dia tinggalkan..


(kalo xmampu nak amalkan tu kira kena minta ampun kepada Allah dan semoga Allah ampunkan dosa kita kerana meninggalkan sunnah..tp kalo tahap benci tengok orang amalkan sunnah, ni dah tahap kritikal dan parah nie..boleh rosak iman sebab dia sedang membenci amalan nabi saw..)

No comments:

Post a Comment